Asri Budak Online
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US

3 Asas Wajib Mahir Bisnes Offline / Online

7/10/2018

4 Comments

 
PERKARA TERPENTING DALAM BISNES.
Picture
Hari ni sy nk share 3 perkara asas yg kita WAJIB/HARUS/PERLU/MESTI mahir sebelum buat sesuatu bisnes tak kisah offline ataupun online. Which are; product knowledge, market segmentation dan masalah prospek. Dalam erti kata lain, JANGAN berangan nk bt bisnes langsung if 3 benda ni kita tak amik "port".
.
1. Product Knowledge.
Pengetahuan atau ilmu mengenai produk/servis yg kita jual tu adalah perkara utama. Ini memudahkan kita utk buat copywriting, aktiviti promosi dan semasa kita berkomunikasi dgn prospek. Pernah tak ada dalam situasi ni? Kita nk beli suatu barang, tudung contohnya..bila kita tnya ke salesgirl tu ttg material product tu, dia jawab apa?
  • entah....lycra kot..takpun cotton..
  • tak pasti..kena tanya tauke dulu..
  • saya tolong jual kawan punya ja..
Haaa..ini jawapan yg kita selalu dapat kan? Apa prospek buat lepas dpt jawapan mcm tu? Blahh ja la...sbb sakit hati dgn jawapan tu, pelik la jual apa kalau semua xtau mcm ni..
.
Sebab tu, penting utk kita sebagai seller utk amik tau ttg produk/servis jualan kita. SEGALANYA. Atas bawah kiri kanan depan belakang dalam luar. Supaya, apa2 saja enquiries dari prospek, kita dapat jawab dan kepuasan itu yg buatkan prospek kita close beli. OK? Bila sy sebut SEGALANYA, ya..segalanya hinggalah sekecil2 perkara contoh apa maksud logo company dan kenapa bentuk produk tu jadi mcm tu. Mesti kita ada knowledge utk justify semua.
.
2. Market Segmentation.
Seterusnya adalah Segmentasi Pasaran. Adalah AMAT PENTING utk kita tau, CIRI-CIRI prospek kita. Siapa itu PROSPEK? Ialah org yg belum beli lagi produk kita, belum jadi customer kita lagi. Apa ciri-ciri prospek yg kita kena consider?
  • jantina
  • umur
  • lokasi
  • tahap kesihatan
  • tahap pendidikan
  • minat/hobi
  • agama/kaum/bangsa
  • status perkahwinan / latar belakang keluarga
  • pendapatan
  • pekerjaan
  • gaya hidup
  • political views.
So, kita kena faham setiap ciri-ciri prospek ni, SUPAYA kita dapat bt CW, FB Ads dan approach mereka dengan trigger ciri-ciri mereka yg sesuai dgn produk yg kita jual.
.
Contoh:
Kita jual produk kecantikan, glowing-glowing punya serum berharga RM 100. Ok, so? Jom kita recognize potential prospects kita.
  • jantina: perempuan (if serum tu hanya dibuat khas utk perempuan)
  • umur: 15-45 tahun (if serum tu bukan anti aging, utk beauty purpose)
  • lokasi: seluruh Malaysia (if serum tu boleh dipost)
  • tahap kesihatan: perempuan yg mengalami masalah kecantikan muka
  • tahap pendidikan: educated (sbb serum melibatkan perkara klinikal)
  • minat/hobi: minat terhadap produk kecantikan
  • agama/kaum/bangsa: tidak berkaitan (melainkan ada guna brg tidak halal, baru kena filter Muslim)
  • status perkahwinan: nampak mcm tidak berkaitan kan?? Tapi kita boleh trigger if prospek kita tu ibu tunggal, single atau janda tanpa anak. Kita boleh bt CW yg berbeza utk prospek-prospek tersebut.
  • pendapatan: produk RM 100, mampu milik. So, tak lah berkaitan sangat.
  • Pekerjaan: students atau golongan bekerja. Kita boleh bt CW berbeza utk 2 ciri ini, sbb utk students, kita boleh bt CW yg fokus utk dia siapkan diri utk ke kelas, utk yg bekerja, kita boleh fokus utk isu keyakinan diri, penting utk good appearance dan sebagainya. Haaa...kan?
  • Gaya hidup: tak berkaitan sbb bukan luxurious products.
  • political views: ini kalau boleh, jgn letak langsung dlm CW. Huhu..taboo topics.
Boleh? So, kita kena expert semua, barulah kita boleh tailored CW dan Ads kita utk lebih berkesan.
.
3. Prospects' Problems
Ini selalunya tak ada masalah bagi seller. Soalannya, "Kenapa prospek tu kena pakai produk kita? Kenapa?"
.
Kenapa? Sy paling pantang bila jawapan, "Murah". Kenapa org kena beli produk kita? Murah!!
,
Ni sy nk bagitau ni, murah bukanlah faktor utama org beli sesuatu barang, Yg pertama adalah value. Value bermaksud benefits > cost to acquire. Manfaat yg dapat dari produk tu lebih besar dari cost utk mendapatkannya.
.
So, kita kena tahu apa masalah prospek yg mampu diatasi oleh produk/servis. Kat situ, baru kita kaw-kaw trigger masa copywriting. Selalunya, kita huraikan masa perenggan kedua selepas Heading bila kita bt CW.
.
.
Boleh? Alhamdulillah. Saya dh dedahkan 3 tips asas bisnes ni. If kita tak dapat mahir salah satu, JANGAN BERANGAN nk mula bt bisnes. Insya Allah.
.
Semoga kita semua sentiasa dicukupkan segala keperluan.

4 Comments
Ryne
2/9/2021 00:19:26

Betul tuan

Reply
haziq link
29/9/2022 11:40:19

Sudah menjadi lumrah hidup setiap perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran dihadapi. Ini tidak terkecuali dalam perniagaan seperti bisnes online.

Ia juga merujuk sebagai bisnes atas talian seperti media sosial di Instagram, Facebook ataupun website sendiri.

Selepas melihat ramai peniaga berjaya dengan perniagaan Internet mereka, pasti anda juga terdetik mahukan kejayaan yang sebegitu, kan?

Boleh, asalkan anda bersedia untuk menghadapi cabaran ketika berbisnes.

Sudah bersedia untuk tahu cabaran bisnes online? Jom teruskan membaca.

Reply
Haziq link
30/3/2023 11:20:48

Di dalam artikel ini, kami akan mencadangkan jenis bisnes yang anda boleh melakukan serta kebaikan perniagaan dalam talian.

Reply
Haziq link
22/8/2023 15:15:18

Maka, kami akan kongsikan cabaran-cabaran yang akan anda hadapi dalam bisnes online dan cara tackles masalah dan customer anda. Teruskan pembacaan anda!

Reply



Leave a Reply.

    Other Tips & Tricks

    August 2021
    July 2021
    March 2020
    February 2020
    January 2020
    December 2019
    November 2019
    February 2019
    January 2019
    November 2018
    October 2018

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US