Sy, walaupun trainer, pun terjerumus dlm on9 business. Sbb tu namanya, Real Practitioner. Hehehe...muka ada senyum sebab Alhamdulillah, sales 12.12-14.12 mmg melonjak-lonjak. Tak susah pun, hanya tumpang kt Marketplace ja.
. Dalam tahun ni, sy perasan buyers sy semakin lama semakin kurg di Page mahupun whatsapp. More di Marketplace tersebut. Akhirnya, sy dpt rungkai sebab2 tersebut dari survey sy sendiri. Jom sy share 3 sebab tersebut. . 1. Trusted. Beli kt Marketplace lebih trusted dari beli dari Page, Whatsapp atau Insta apabila melibatkan bayaran terus menggunakan payment gateway berbanding bayar guna CDM atau on9 transfer. Buyer rasa lebih secured dan its refundable apabila brg diterima tu salah atau tidak seperti yg dipesan. Jarang sekali kena scammer dari Marketplace tu melainkan hanya buyer yg x baca product description betul2. . 2. Existing Campaign. Setiap masa, ada saja campaign dari provider. Flash Sales, Year End Sales, Raya Celebration etc yg akan bantu utk boost sales kita. Even kalau kita baru join as seller sekalipun, campaigns mcm ni mampu utk terus dapatkan sales kita n naikkan ranking. Tak yah susah2 bt contest di Page utk begging for engagement dsb. Join ja campaigns, dan tuai lah hasilnya. . 3. Tumpang Popularity. Kalau di Page, bilangan likers menjadi salah satu data sokongan bg prospek utk judge kredibiliti dan populariti page kita yg membawa kepada tahap kepercayaan samada tinggi atau rendah. Tapi, di Marketplace, so far, paling popular ialah Lazada n Shopee, kedua platform ni dh popular yg memerlukan kita as seller, hanya mempersiapkan Store kita masing-masing utk mula dilawati oleh prospek. Yes, ada juga kaedah guna Sponsored Ads di kedua platform tersebut, tapi ianya menggunakan sistem Pay Per Click yg lebih cost-effective berbanding di FB Ads Yang menggunakan Impression sebagai mode of charge. . So, bg sy, sentiasa sy encourage dalam setiap kelas sy utk kita join kedua platform tersebut. Tidak dinafikan, sales yg kita dapat hanya akan diperolehi apabila tamat tempoh iaitu contoh, Lazada hanya akan bayar kepada kita 3 hari selepas seminggu operasi. Contoh, dari 7-14hb transaksi, hasil akan dibank-in kepada kita as seller 3-4 hari selepas 14hb itu. . Mmg tak dapat instant mcm jual di Page, tapi itu dapat diatasi jika kita pandai utk adjust stock management kita bersama suppliers. . Dan, paling penting, adalah, repeat purchasing adalah amat tinggi kt Marketplace. Once org beli dan puas hati, next purchase dia cuma tengok di order history dan akan repeat beli dgn kita. Dah tak sangat utk survey2 lagi. Produk bagus, dia suka, so, dia akan beli dan terus beli. . Benda, kita buat dia, bukan dia buat kita. Hehe..berniaga kt platform ni mmg susah bagi org yg selalu bg alasan.. . Ok. Learn something? . Semoga bermanfaat. Terima kasih sudi membaca. Boleh share untuk manfaat. Boleh follow page sy Asri Budak Online untuk info lanjut. Kalau perlukan sy untuk training atau business recovery, boleh whatsapp ya. . Real Practitioner, Asri Budak Online #asribudakonline #kelasencikasri #realpractitioner #tipsntricksononlinemarketing3 sebab kenapa kita perlu dan mesti menjual di Marketplace (Lazada/Shopee).
0 Comments
|