Bila kita baru nak mula bt bisnes online; nak jadi dropship atau agent, jangan melihat kepada produk itu sahaja. Perlu melihat kepada siapa Founder produk itu.
. Kerana Founder juga adalah antara asas utama dalam penjenamaan produk. Ia boleh menjadi punca kekuatan atau asbab kejatuhan sesuatu perniagaan. . Bagi pihak Founder juga, perlu berhati-hati dalam setiap tindakan. Kerana, setiap perbuatan dan perkataan akan memberi kesan kepada branding dan seterusnya merebak kepada keseluruhan rangkaian pemasaran seperti stokis, agen dan dropship. . Ya. Pastinya ia sangat memberi kesan kepada network apabila sesuatu insiden terjadi. Perkara baik, network dapat kesan positif. Insiden buruk, network akan terima tempias negatif nya. . Dari pengamatan sy, ada ramai Business Founders atau watak penting dalam Bisnes di Malaysia ini yang sangat cermat dalam branding mereka di SocMed. Tuan Azmi Zainal (Farm Fresh) sebagai contohnya. Menggunakan humour dalam kebanyakan posting beliau sambil menyelit nasihat kehidupan serta makluman mengenai perniagaan dan produk. Best layan posting beliau hari-hari. . Apabila kita membawa suatu jenama perniagaan bersama kita, haruslah kita perlu menjaga sebaiknya. Ya! Paksa sajalah diri menjadi baik, tunjuk yang baik-baik, cerita yang baik-baik. Tak perlu nak tunjuk yang buruk-buruk tu. Simpan dan buang jauh-jauh. . Ingat! Di waktu ini, setiap mesej cepat tersebar. Jangan guna lagi istilah "Bad Marketing is still marketing". Tak lama bang cara macam tu. Kalau ada lagi Sifool Sifool mengajar taktik tu dalam kelas marketing, boleh dah maki sebakul kat dia. Ajaran sesat sebenarnya tu. . Boleh? Harap mendapat sesuatu dari bebelan ringkas ni. Asri Budak Online
1 Comment
|