"Saya nak share peluang ni, nak share manfaat ni bersama".
. Ini biasa kita dengar dalam bisnes networking atau MLM. . Biasanya digunakan oleh para group leaders atau stokis yang mencari agents/dropships. . Ya, umum mengetahui even dalam bisnes networking tu, kita tak ada downline pun takpa sebab kita sendiri boleh terus jual produk tu terus ke end user. Tapi, utk fast growth, kita perlukan downline atau network utk "sama-sama" menjual dan enjoy override margin ke atas downline atau perlukan accumulated group sales utk naik pangkat dan sebagainya. . Tak salah pun bisnes MLM atau networking ni. Cuma, kena hati-hati bila kita guna ayat seperti di atas tu. Sebab sering kali sy dengar luahan leaders apabila downline tak aktif, passive, MIA, tukar product lain dan sebagainya. . Sepatutnya, if kita betul-betul hayati ayat nak kongsi manfaat, kongsi rezeki tu; seharusnya tak perlu ada rasa kesal atau sedih bila agent kita bermasalah. Ditambah lagi bila kita dh bt tanggungjawab terbaik as leader. . Cuma, sy nak bawa kita berfikir atas sesuatu perkara. Sebenarnya, kita sedih atau marah atau kecewa dengan agent kita yg bermasalah itu, sebab apa? . Sebab kita tak dapat kongsi rezeki dengan dia kah? Atau sebab kita rasa dia terlepas peluang terbaik utk jana income kah? . Atau sebenarnya, kita sedih, kecewa dan marah sebab kita dah kehilangan sumber tenaga kerja utk mendapatkan income utk kita?? . Well. If kita sedih sebab perkara yg ketiga tu, ketahuilah bahawa sebenarnya kita buat recruiting hanyalah utk mencari tenaga kerja utk income kita dan bukan betul2 nak share manfaat. Ayat manis yg telah diwarisi turun-temurun. . Boleh check lagi niat kita. Cuba check masa kita dlm process nak close agent/dropship kita. Apa dlm fikiran kita? Ada tak terfikir, "eh..cepatlah register..nanti ramai agent aku, byk sikit group sales, nak achieve level up bulan depan ni". . Ouchh.. something to ponder. Macam mana solution utk atas masalah hati dan perasaan di atas? . Banyak pula nak kena fikir malam-malam ni, Asri Budak Online
0 Comments
Q: Boleh kah jadi Dropship di Lazada dan Shopee?
. A: Boleh. Memang boleh. Cuma, amat berisiko memandangkan ianya bergantung kuat kepada efficiency supplier utk proses item dan g post. Tak perlu sy nk terangkan sebab awak sepatutnya lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan sebagai Dropship . Sewajarnya, lebih baik kita jadi Agent (stok in hand) bila berniaga di kedua platform tu. Mudah utk deal bila ada stok dalam tangan. Kita yang berupaya tentukan segalanya bila stok ada atas tangan. . Boleh? . Soalan simple. Jawapan simple. . Tanya, tanya lagi. Nanti sy jawab. Real Practitioner, Asri Budak Online #asribudakonline #realpractitioner #kelasencikasri #eusahawan #subjectmatterexpert #certifiedtrainer #professionaldiploma #digitalmarketinginstitute #kelasfbads #kelasgoogleads #businessrecoverer |