Asri Budak Online
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US

Projekt Makan : Cut The Crab

25/10/2018

0 Comments

 
Peteh Ganu Peteh..~ hehe..ala..kalah, takpa. Hari ni tetap cuti. TQ MB Ganu, Pakar Aeroangkasa. Hihi..~
.
Salam semua. Sihat? Pening pasal FB Ads menggila ka tu? Adehhh..sy pn sama. Nnt sy naik posting lah psl tu ya..~ So, just nk bt biz review ttg salah sebuah restaurant "hispter" yg ada kt Kuantan, Pahang. Projekt Makan. Pernah ternampak kwn2 viral psl kedai tu, so hari Khamis malam tu, pergilah jap since dekat sikit dari Swiss Garden Balok, short escape kt situ jap. Leh stalk FB Page dari sini.
.
Nasib pergi awal, sampai dalam pukul 8.45. Terus dpt seating kt area dalam dan waitress terus greeting dan minta scan. SCAN? Menatang apa scan ni, kata aku dalam hati menggunakan bahasa kampung. Terpandang lah gambaq scan kt atas meja no C1 tu. Owhh..QR Code. Nampak mcm pandai, padahal tak pernah guna. Kalut lah sy mencari Apps Scanner kt Xiaomi Redmi Note 4 sekali dgn wife sy guna Huawei Nova 2i. Kikihhh..ada la 4-5 minit dok runsing cari tak jumpa dalam menu tu. Cari kt PlayStore, yhofoodie tak keluaq pulak, yg ada bahasa Cina. 
.
Akibat kejakunan tu, terus panggil waitress, n dia bawa iphone n explain detail cara place order. Scan code, select n submit bagai. Oiiii..~ malunya aku, trainer online marketing, guna Apps tu pun tak reti. Hahhaa...~ Tapi, sy sedar satu benda bila jadi mcm tu, nnt aku explain kesedaran sivik tu. So, sy pn submit order guna iphone tu. 
.
Makanan sampai. Customer makin ramai. Penuh. OK! Makan. Since nk cuba yg special, orderlah kami lamb chop n meatball (nama dia sangat2 attractive, lupa dah apa dia, alfredo n apa entah). Taste? Terbaik. Anak-anak suka gila. Disebabkan sedap sangat, sy pn lunyai la tibai (Org kedah kata: tutoh habis). Ayaq Sg Petani pula dikatakan guna pati direct dari Sg Petani, ada cengkih, bunga lawang, serai, pudina, halia n mcm2 lg dalam tu. 
.
Tup-tup, ada 1 Family, gaya mcm have2 la dtg mai makan sebelah meja. Same SOP. Waitress explain mcm mana nk scan. Order cara traditional boleh tak, tak reti scan2 ni. Si Ayah cakap.
.
Yes! Ada geng! Haha..but, nampak juga isu di situ.
.
Just cadangan saja:
  • Ordering System: Kedai ni guna apps yhofoodie. Kena scan. So, utk Gen Y dan Gen Z maybe tak ada masalah sbb dah biasa dgn Apps2 ni. Cepat belajar. Tapi, kena hati2 dgn golongan Gen X dan awal Gen Y yg maybe kurg biasa dgn online ordering system. Maybe ada rasa pelik, ehhh..bukannya aku order delivery sampai ke rumah yg kena order by apps2 ni. Mai teruih ke meja la, aku nk order teruih ni. Kann..who knows? Sbb hanya order online saja, tak ada offline "Abg, order banggg!". If customer rasa renyah, lain kali tak mai dah. Boleh jadi..
  • YhoFoodie: Apps ni mmg tak familiar or famous. So, maybe x ada org yg tiba2 nk install Apps tu semata-mata nk order. Makan data. Huhu...sy try cari wifi signal, tapi mcm tak provided ja. (Sy jumpa kt Playstore tp awat bahasa Mandarin). Adehh..dalam menu di apps tu, kurang gambar utk illustration. So, kena main teka-teka la beberapa menu tu tentang apa.
  • Food: Sedap itu subjektif, but utk sy n family, just nice. Waiting time acceptable. Price range was valuable dgn served dishes. Utk org yg bajet-bajet, ada ja menu bajet. 
  • Ambiance: Terbaik. Even crowded, tak rasa panas. Tak sempit, kemas susunan.
  • Online Marketing: Stalk dari FB Page kedai ni: Terbaik. Setiap hari ada update. Ada beberapa CW yg perlu CTA samada link wassap atau link Maps, tak diletakkan. Mcm sy selalu tekankan dlm kelas training, antara yg penting adalah, "Muka-Muka Ceria Customer / Feedback Customer". Kena upload gambar-gambar customers yg dine-in situ. Utk prospek, itulah review terbaik. So, dah boleh tutup lah rating-rating reviews yg negatif tu, obvious sangat nampak di Timeline FB Page. Hodoh bila prospek tengok. Tak perlu pn tunjuk reviews tu. Just upload gambar-gambar customers yg positif, itu pun dikira reviews. Letak@susun dlm album cantik2, ok la tu utk prospek stalk nanti.
  • Username: Username projektmakanmy. Fungsi username adalah utk keywords org search kt FB. Instead of letak username yg sama dgn Page Name, sepatutnya letak keywords yg highly searchable oleh prospek. Since brand Projekt Makan ni taklah bt branding sampai masuk TV setiap hari, billboard sebesar alam, atau alunan suara kt radio, maka username tu penting utk kita manipulate. Cuba fikir, kalaulah kita ni baru ja mai Kuantan, nk cari tempat makan best, kita cari apa kt FB? Cth: tempat makan best Kuantan, kedai viral kuantan, restoren best kuantan; dan sebagainya..so, itulah yg kita letak as username. Dan dlm CW kita pn, letak byk keywords tu dalam content, bila org search, ala-ala SEO lah nanti FB akan suggestkan.
So, itulah sedikit biz review utk Projekt Makan. Overall, terbaik. Keep on track!
.
Next, sy akan review biz lain pula. Hehe...ingat nk cari selain kedai makan pula lah..harap-harap terjumpa. If ada cerita atau biz best-best utk sy review, boleh isi kt form ni. TQ!
0 Comments



Leave a Reply.

    Reviews

    August 2021
    December 2018
    October 2018

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US