Alhamdulillah. Syukur.
. Berjaya juga saya menganjurkan kelas Advanced Lazada ini. Biasanya, saya buat gabung dengan kelas Shopee, tapi disebabkan jadual yang sangat padat, saya tangguhkan beberapa kali. Kali ini baru dapat dilaksanakan. . Ada 13 orang peserta; bilangan yang sangat ideal. Format kelas ini sama seperti kelas-kelas saya sebelumnya iaitu ada 3 kali sesi Zoom dengan 2 jam bagi setiap sesi dan disusuli dengan 50 hari whatsapp group coaching. . Ada yang bertanya, kenapa kelas saya MEWAJIBKAN ada sesi Whatsapp pula selepas itu. Kelas-kelas lain tak ada pun? Sebenarnya, itu lah yang paling penting. Sebagai contoh, hari ini, peserta saya ada masalah mengenai join kempen. Maka, melalui whatsapp group itulah, kami berkongsi masalah dan saya memberi jalan penyelesaian. Bayangkan tiada whatsapp group, bagaimana nak cari penyelesaian itu. . So, hati saya berbunga-bunga ketika posting ini ditulis kerana para peserta sudah mula mendapatkan hasil jualan walaupun baru sesi pertama dijalankan pada 10 Ogos lalu. Masih ada berbaki 2 kelas Zoom iaitu pada 17 Ogos dan 24 Ogos, setiap hari Selasa malam. . Kali ini, saya fokus kepada kelas Lazada sahaja, kerana saya sangat yakin berdasarkan pengalaman saya, jika seseorang itu dapat menguasai platform Lazada, maka ia akan lebih mudah untuk menguasai platform Shopee pula. Kerana, Lazada lebih teknikal namun sangat mudah mendapatkan jualan berbanding Shopee atas beberapa faktor yang saya selalu kongsi dalam sesi kelas saya. Boleh rujuk FB Live saya di sini.
0 Comments
|
Reviews
August 2021
|