Asri Budak Online
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US

Norisqa Kafe & Kek Lapis.

17/10/2018

0 Comments

 
Picture
Salam. Fuhhh..memang sedap mee jawa..tak tipu aihhh..haha..~
.
Ceritanya, sy g amik anak area Taman Cukai Utama, Kemaman. Sementara nk tunggu Shadrina keluar, sy g jap menyinggah di selang 3 kedai dari Little Caliphs tu. So, kedai tu baru buka pukul 12 dan agak lengang. 
.
First impression amat bagus. Dgn decoration di pelbagai sudut tempat dan dinding, ditambah dgn skuter dan backdrop utk tangkap gambar, its a WOW from me utk kafe yg masih ada heavy design mcm tu. Menu yg diberi pn dlm bentuk photo album. Agak cantik tapi boleh improve sbb photo album tu tebal, dan byk ruangan yg kosong. Boleh guna file holder yg cover keras. Nampak lebih exclusive sikit.
Picture
Contoh Menu guna hard cover.
Then, apa sy buat? Once dh dapat first impression mcm tu, sy nk tgk dari segi online presence. Stalk lah FB Page Norisqa Kafe & Kek Lapis sambil-sambil order Mee Jawa. Agak bagus sbb almost setiap hari ada update.
Tapi, bila tengok latest post, Page ni kekurangan:
  • tak ada customers' feedbacks atau album ala-ala testimonials. Ini penting, sbb prospek suka tgk kemeriahan atau wajah-wajah org dh pegi kedai tu. Biasa kan bila kita nk g sesuatu kedai, kita mesti nk tgk feedback dulu. Mcm beli hotel kt Agoda..hehe..~
  • Kurang CTA. Dlm setiap post, tak ada CTA samada utk link wassap atau hp number. So, if prospek minat atau nk bt tempahan seating atau kek lapis, tak dapat lah kt situ. Kena letak at least link wassap.
  • Tiada Lokasi berbentuk Google Maps. Ini penting utk mudahkan audiens yg baca post tu, terus tekan link utk buka direction ke kedai tu.
Saya sempat sembang dgn Owner, perempuan. Cantik. Hehe..~ Beliau dh menetap kt Miri selama 8 tahun. Terus terkenang sy yg baru ja pindah dari Kuching, Sarawak juga. Sy berminat utk tau ttg kek lapis yg beliau bt secara homemade. Kurg sambutan dgn justifikasi bahawa org sini lebih suka lekor dan produk tempatan lain yg popular.
.
For me. Dari pandangan sy. AMAT BAGUS if kita dapat bt sesuatu produk yg bukan local-based. Itulah USP (Unique Selling Point) yg kita boleh GORENG dan TRIGGER masa bt Copywriting nnt. So, owner boleh betul2 ketengahkan dan market-kan kek lapis tu betul2 kt area Kemaman ni. Saya yakin, boleh meletupss pom pom pang Kek Lapis Sarawak tu.
.
Sy order Mee Jawa, Nescafe Ais dan Sunquick Oren. Mcm biasa, sy xreti review makanan. Tau review bisnes ja. Haha..tapi kalau ikut tekak sy, SEDAP GILA MEE JAWA. Terus tapau 1 utk wife kt rumah. Sistem order dia guna Tablet, dan waiter n waitress sangat cekap. Angkat terus pinggan koson once sy dh habis makan. 
.
Itu saja free business review sy utk kali ni. Alhamdulillah. Dapatlah sikit-sikit share idea utk readers semua.
.
Kot mana pun, memang sedap Mee Jawa...hahahaha..xleh lupa lagi oiii...~
0 Comments



Leave a Reply.

    Reviews

    August 2021
    December 2018
    October 2018

Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • HOME
  • PROFILE
    • Training Class
    • Training List
  • COURSE REGISTRATION
  • TIPS & TRICKS
  • CONTACT US